Monday, January 31, 2011

anak sepupu ku sgt comel...

cutenya si hadif ni.geram nak cubit pipi dia

Assalamualaikum,,,,cute nya baby hadif ni.tengok pipi dia yang bulat tu buat aku nak tarik-tarik je.ni anak abang sepupu aku dari terengganu.aishh.umur baru 3bulan.dahla besday dia sama dengan abah,adoi,geram je.baik pula tu tak meragam orang pegang dia.haha.2malam tidur kat umah aku,dia ni just nangis bila lapar je.baik betul budak ni.
hisap susu pun maintain cute hadif ni



tengokla gambar tengah hisap susu,alahai  comel betul kamu ni.meh.mak ngah nak kiss.hehhe
hadif n mak usu
tengok mak usu pun nak pegang dia.hahaha.ika suka budak ni.,cute je.mata pun bulat.
mak ngah n dialana
yang ni anak along ana.cute dia ni kan.haha.tengah makan sup.adui.nak sikit pun tak kasi?takpelah.
ika,epan  dan aku
 oke yg tengah-tengah tu nama dia mohd izz irfan.tapi panggil epan je.owhhh mata dia sepet,dia ni baik dan kamceng dgn kitaorang bertiga.,sebab jarak umur pun tak jauh sangat.dan dari dia kecil lagi dah rapat dengan kitaorang.lagipun ibu aku kan anak perempuan paling bongsu.so akak sepupu aku along ana aka mak epan ni pun rapat dengan kitaorang,.kitaorang pun selalu balik kg,so bertambah rapat la kitaorang.huhu.okela nanti sambung lagi,ada banyak kerja nak buat.BYE.

BBQ di sungai ke?

Assalamualaikum.sapa kata bila hari hujan kita tak boleh jalan?sila angkat kaki sekarang.haha,bolehla nak gi jalan,tapi sediakan la payung dulu.senang kalau berlaku apa-apa nanti.ummm.tengok aku hujan-hujan pun nak merayap juga.nasib baik kat kaki tak ada cop hitam besar aka tahi lalat.hahaha.ala aku jalan gi jb je pun bukan jauh pun.ingatkan nak berkhemah laa konon tepi sungai.dah air pula deras semacam so tak jadi laa berkhemah.tapi yang bbq tu jadi tau.best2.delicious betul ibu,along dan mama masak.menu malam tu nasi goreng kampung,ayam,ikan,udang dan macam-macam lagi.rugi tak makan banyak.tapi nya tangki aku pun bukan besar mana so kata orang makan tu biarla berpada-pada tinggalkan la untuk orang lain gak.hehhe.cuaca pada malam tu pula hujan,dah la sejuk kan dapat pula makan panas-panas,memang masyuk laa.huhu.habis je kemas-kemas semua sepupu,mak aku,adik beradik dan anak-anak buah layan tv pula tengok MENANTU TIK TOP.haha.apa lagi kan,bergelak ramai-ramai la depan tv.best sampai tertidur aku.hahaha.nanti boleh la wat lagi kan ibu?ajak semua family pula mesti best.eee I LOVE YOU laaa BBQ.hahahha
macam2 ada.uhhh.sedap

udang ni la yang membuatkan aku bergatal 1malam.

si dialana sibuk nak tolong jugak
hujan lebat sangat la bbq ats kedai je

posing jangan tak posing.eh kipas tu?
 ala gambar tak berapa nak clear pulak.takpe lah janji ada juga gambar kan.hehhe.
model kecil ni dialana,anak buah aku yang ke4.comel kan?macam mak ngah dia.tapi nangis bukan main kuat.hahaa.tapi bila dapat main dia senyum lagi la cute.huhu

hujan pun jalan jugak!

assalamualaikum.ngee.ohhh sejuk2.dah pukul 3petang tp macam pukul 7 pagi je.sejuk-sejuk.berselimut la apa lagi.penat-penat.baru je balik dari jb.haha.kira percutian juga la walaupun balik kampung sendiri.hahaha.tidur sana 3hari 2malam.gila sejuk jb macam cameron.serius.aku tak terfikir pula hujan lebat sangat so memang tak bawa baju sejuk la kan.umm.tengok semalam air sg jb tu dah sama paras batu besar tu.umm.nak ambil gambar.tapi dah kena marah.haha.sebabnya?air deras beb.silap-silap ari bulan dengan aku sekali hanyut.minta dijauhkanlaa kan.tujuan balik kg?sajala lagipun semalam ada kenduri kat umah makcik aku,so da alang-alang balik tu boleh la tolong apa yang patut.melayan anak sepupu 4orang.huhu.budak-budak ni memang rapat dengan aku.sampai tidur malam pun tidur dengan aku.huhu.oke,melayan dorang.bila main gaduh.dah gaduh menangis pula.haha.bukan aku yang buat pun.pujuk je lah kan.hehe.abah dan ibu sedekah kan daging kambing buat kari.ummm nyummy kot.aku dan keluarga memang xmakan sebab aku tolong bela kan?tengok anak along ana,si dialana dan hasha ni makan macam terangkat je.umm.telan air liur jela mak ngah,..ari jumaat malam tu aku belanja sebiji kek mocha.ahhh nyummy nya.sambut besday abang,along,epan,mama dan hasha.ala bukan banyak pun aku beli sebiji je sekali sekala mak ngah nak belanja kan.si epan sampai xmau gi silat la sebab nak potong kek punya pasal.hahaha.kelakar dorg.apa pun bercuti kat kampung memang best laa.betul.

nyummy.ni makngh punya.haha


kasih sayang seorang kakak untuk adik tersayang.



sedap ni makngah,dia berkata

tengokla aksi danial n epan bersama mak usunya

 
wan cik tersayang bersama epan.





Friday, January 28, 2011

c3 vs c6

assalamualaikum..ari ni genap seminggu umur c3 aku.huhu.alhamdulillah selepas 3tahun merasa juga tukar handphone.hehe.low yat ramai gila orang tiap-tiap hari.jenuh tengok kedai banyak.ibu n abah merealiasasikan impian dia.

c3 cam blackberry je..tapi internet bayar.haha

c6 canggih gak la.slide.
boleh la berwifi nanti.hehhe.

tv meletup

assalamualaikum..
semalam tercatat dalam sejarah la,tv kat rumah meletup.tetiba je.aduh.sabar je la.dah lah time tu ibu dan abah tak de kat rumah.cuak aku kejut adik.yang si ika ni tido tak nak bangun pulak.aishhh.nak wat macam   ni.'adik,bangunlaaa...tv terbakar'....ha.senang!terus dia bangun,tapi macam nak marah aku je.terkejut dia tengok tv tu berasap.ha baru nak percaya cakap angah...terus capai handphone call abah..abah n ibu nak balik da time tu.oke,xnak duduk dalam rumah cuak punya pasal.keluar ikut pintu dapur.gelap!peduli laa,janji nak selamat kan.sampai je kat simpang tengok rumah jiran aku semua dah bergelap.dan aku nampak laa jiran-jiran aku ni duduk berkumpul.apa lagi,join 4kaki laa(adik + aku).cerita punya cerita rupanya rumah jiran aku pun tv dia terbakar.oke.selamat.ingatkan kitaorang punca.tapi cuak tadi tak habis lagi.abah sampai pastu.terus minta kunci rumah.masalah la.tadi kitaorang keluar ikut belakang kan.sempat lagi kena marah,haha.layan laa.pastu ibu n aku buka la rumah ikut pintu belakang.masuk je rumah hangit bau.tak hilang lagi.ohhh tidak.tv aku!tak dapat diselamatkan dah...umm.lantakla janji kitaorang selamat kan.jiran rumah aku call TNB.wat aduan.yey,pastu TNB datang check..rupanya voltan terlebih...aishh sampai macam tu sekali..tapi boleh wat ganti rugi.yey,yey  baru.haha.apa pun pengalaman ni memang dasyat juga sebab aku tak pernah rasa kan.hehe.tapi alhamdulillah semua selamat