Friday, December 23, 2011

mid sem :D

Assalamualaikum....alhamdulillah masih punya ruang dan detik untuk men-update blog...
dah ada kat rumah lebih kurang 3 hari..okay hari ni nak cerita tentang balik aritu..selepas satu sem berlalu akhirnya berjaya jugak nak buat surprise kat abah n ibu..b4 nak bertolak cakap angah akan sampai malam..tapi tepat 4.50...assalamualaikum..taraaaaa!dah sampai umah..perghhh nad yg buat surprise tapi nad yg dapat surprise...HAHAHA.padan muke :)..ibu gantung periuk...punya lah tak lalu makan dari pg sampai singgah di merapoh pun macam tu..tapi relax sudah..ibu masak special esok nye..nyumyyy..alhamdulillah syukur atas rezeki yang tertulis ni....picture oblong ni kredit makan waktu kat TDM kolej..haha..malam b4 nak balik kebuluran nad kat mache ni..HAHA..senonoh betul sambil cakap phone buli eiyla mintak tolong belikan..sangat nyummy laaaa...:D..
sepatu tersayang :P
sedihnya cuti 10 hari je..nanti raya cina tak balik umah..sobsob...bawa diri g terengganu la pulak :P
okay assignment ade la 3 je.aishhh je yea?selamat beramal la ye kak.nak g bercuti mana yea seminggu ni?huhu.tata.take care dear..wassalam



Thursday, December 15, 2011

Kisah kasih.♥♥♥

Assalamualaikum semua.kabare?waras?okay dah lama tak update.mesti ada yang rindu nad kan?
huahua.**Anda sangat perasan ya sayang!**
siapa yang rasa rindu nad tu,tak payah segan-segan PM je nad terus.cewaaahhhhh!

 hari ni nad cerita pasal rahsia hati.nad pernah ade boy friend*PERNAH*
okay kenapa cakap macam tu?sebab sekarang tengah single-mingle.
Dulu-dulu kan nad ade bf yang sangat sweet.Dia jugak hot n cool.*ini sangat COOL*
prinsip nad dulu n sekarang tak jauh beza::no DATING::takde istilah dating yang selamat.
sebab bila kita berdua-duaan ni tengahnya mesti ada syaitan kan..:D
so nak selamatkan diri janganlah pergi dating,elak-elakkan laaa.
Serius kalau keluar dengan laki pun bila dengan abah dan dengan classmate time sekolah dulu je.
malu pulak kalau fikir balik pernah COUPLE.tipu lah hati ni kata 'tak nak couple' tapi serius tak mampu nak menjaga hati ni.takut-takut dah cinta orang lain lebih dari ALLAH swt..nauzubillah...jauhikanlah...
malu sangat pernah *RINDU*seseorang yang belum pun tertulis nama dia untuk kita..
malu sangat pernah *ter-SUKA*kat orang yang belum benar cinta sepenuh hatinya pada DIA..
mulai pada detik ini,tarikh dan tahun ini bermula lah perjuagan baru..tidak lagi memburu cinta yang sia-sia insyaallah...

Hanya ini harapan nad untuk jodoh 6 tahun akan datang..amboi awalnya..eh gurau je..ibu selalu cakap nak menantu yang soleh pandai mgaji n boleh jaga angah kan?insyaallah bu...satu hari nanti ibu akan dapat menantu yang macam tu..abah dan ibu..angah rindu sangat..maafkan angah banyak buat salah kat ibu dan abah..baik sedar mahupun tidak..bila akak cakap dan ingatkan kita orang tentang pengorbanan ibu dan abah..air mata ni mengalir laju je..tapi still tak boleh balas jasa ibu dan abah..tapi angah janji satu hari nanti,bila diizinkan DIA,angah akan balas balik walaupun bukan semua..miss u..moga ALLAH sentiasa lindungi abah dan ibu(ENCIK BADRUL HISHAM BIN HANAFIAH & PUAN ROHANA BINTI ABU BAKAR)..
*pegang tanganku selepas ijab dan kabul hingga akhir hayat*
*menjagaku dan mendidikku dengan lebih tertib dan sempurna*
*menjadi anak lelaki kepada kedua ibu bapaku*
*menjadi suami dan bapa penyayang*
......didik dan bawalah aku bersama ke syurga firdaus...
♥lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik...pintu taubat sentiasa terbuka sehingga hari kiamat,belum terlambat bagi kita sama-sama bertaubat..kembalilah ke pangkal jalan kerana hanya DARINYA kita datang dan KEPADANYA juga kita kembali...
P/S:jiran rumah (pak cik Nuar) baru sahaja kembali ke rahmatullah..marilah sama-sama kita sedekahkan yasin dan al-fatihah untuk beliau.Harap-harap ALLAH tempatkan pakcik dikalangan orang beriman.Tabahkanlah hati makcik kiah dan keluarga...amin...


Saturday, December 3, 2011

kenangan silam.

Assalamualaikum,,,haola guys!ceeewahhhh bajet ramai orang baca je entry ni kan..first of all,lets prays n syukur to ALLAH swt because we all still bernafas di bumi ciptaan ALLAH ni.bila nak lelapkan mata,selalu sangat fikir "masihkah ada hari esok untuk saya nikmati bersama orang tersayang??cukup atau pun tidak bekalan di dunia ni untuk dibawa ke alam yang kekal abadi??ya ALLAH...bersediakah aku andai tiada hari esok??"
semua ni adalah persoalan yang tak tercapai dek akal untuk dijawab.okay.semalam,keluar jenguk library tengku anis with my sweetie aliah n atiqah.then we brunch(breakfast + lunch) at sigai.
Akhirnya setelah berpuluh tahun akhirnya jumpa jugak my favourite ice cream time zaman sekolah rendah dulu..
okay dulu kan nad selalu bile time waktu rehat kerja melantak ice cream ni  wafer keladi je.seriously sampai darjah 6.then after dah gi sekolah menengah tak jumpa dah ice cream ni.

Waktu mula-mula nampak ice cream ni.macam nak meroyan dah.nangis.tak sangka ada lagi ice cream ni.
sangat banyak kenangan nak -nak lagi with my first love.hahaha.zaman kanak-kanak yang sangat indah!
zaman banyak main-main n berkejaran sana ni.Dulu waktu minul kerja kat sekola,beria suruh die belikan ice cream tu padahal ice cream tuh dah lama tak dijual kat sekolah.betapa sedihnya time tu.alahai.nak pujuk hati dia cakap ice cream tu ada jual kat RAUB.alahai takde lebih jauh ke....
okay.alhamdulillah sangat syukur dapat makan ice cream ni with aliah n iqah.terima kasih SAHABAT!
menjerit sekejap dengan aliah because terlampau excited dapat mengembalikan kenangan ni. iqah buat muke tercenggang je bila kitaorang start cerita kenangan time sekolah rendah dulu.
aliah looks so comel with the ice cream.
hehe.Sulaimanian Junior jangan jeles okay.hehe.nanti kita buat REUNION,kite tempah
ice cream wafer keladi ni banyak2,.:P


p/s:sis n bro said "tak sabaq nak jumpa balik cuti sem nanti wahai si PIPI TEMBAM"
nak tarik2 pipi awak tuh.hahahaha





Thursday, December 1, 2011

jakarta -bandung 14-18 nov 2011

Assalamualaikum. :D
alahai lama nya tak-mengupdate blog.bersawang dah ni.hehe
dah 2 minggu balik uitm qlate oh rindu rumah laaa :D
hahaaha alahai baru je 4 ari balik lepas kenduri ayong..
ayong dah selamat jadi wife orang dah,pas ni turn siapa lah pulak eh :D
okay,before cuti semester habis aritu kami sekeluarga telah terbang ke seberang.
jakarta:iloveyou
 before nak sampai jakarta dah la dari pg- petang di putrajaya.
alahai time tu macam nak give up pun ada.tapi alhamdulillah still ade peluang utk ke jakarta.
terima kasih YA ALLAH permudahkan kami walaupun JPN putrajaya sgt lembap. maaf kurang sopan.
sampai at jakarta airport dalam pukul 5 petang terus menuju ke BANDUNG.
teruk jem weh dalam pukul 12 baru sampai.check in bilik dan terus tidur,seriously kepenatan.

14-11-2011 jakarta /bandung
15-11-2011 tangkuban parahu/pasar baru
16-11-2011 xingat nama tempat tu :D
17-11-2011 MII jakarta

tahniah malaysia menang lawan indonesia.ohhh pic nanti nad upload lagi.line sangat lembap.
harap maklum.










Wednesday, November 9, 2011

MR.P dihati kah??

Assalamualaikum semua :D.
Dah beberapa malam tak boleh tido dengan lena.
Seperti semua yang sedia maklum bandar rumahku yang aman dulunya kini
telah didatangi misteri **orang minyak**...okay kalau anda semua tanya pasal OM ni
harap maaf.tak boleh nak dijawab.jangan runsing sebab ni bukan tajuk sebenar.
Rasanya hati ni dah kembali dimiliki.jeng jeng siapakah insan malang yang berjaya me-getuk pintu
hati saya itu??nak nak lepas raya ni kan hati ni kencang je bila dengar nama dia.alahai.
haru biru betul la mamat ni.takpe takpe biarlaa persoalan tu berlalu pergi.
ada sesiapa nak tau ke siapakah dia mr.p yang telah singgah dihati ini??
huwaaaa post jiwang kali ni.bahaya betul kalau STALKER baca ni.relax-relax.

##countdown lg  lima hari lagi untuk ....en....ga....ge...me...nt...... time##

##countdown sepuluh hari lagi untuk kelik qlate...##

baca doa ni sebelum nak baca doa nak tido malam ni::
ya rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya ,agar aku tidak berpaling daripada hatimu..amin...

Friday, November 4, 2011

alhamdulillah syukur.

assalamualaikum.pagi jumaat yang indah,
pasti semua dah tengok result warge uitm kan..
mula2 sekali alhamdulillah syukur kepadaNYA..
tak kira laa apa pun resultnye..pastinye semua tu dah tertulis dan terbaik untuk kita..
pada dasarnya sedih subjek yg target xdapat apa yang nak tp bersyukur subjek yg mbunuh bjaya lalui
dengan doa dan senyuman..apa lagi nak ?cukuplaaa.moga-moga next sem lebih cemerlang.
to my biebie congrats sis!always the best.tgok angah still tak boleh lawan.
besar punya kuasa**lu kan kak yong..hehe..gurau je kak eh.bukan kasar bunyinye.
manje sikit je.GUYS,selamat hari raya aidiladha..:D..makan tu ingat-ingat sikit.
jangan pakat pulun je karang ade yang check in wad kelas pertama kat hospital..
tengah serabut fikir nak tgok KO ke tak sem depan.nak A lagi sem depan :P.


Sunday, October 30, 2011

strawberry cinta

Assalamualaikum semua..apa khabar semua?harap-harap semua sihat disamping orang yang tersayang.
Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat hari deepavali pada kaum hindu di malaysia.
Alhamdulillah dapat cuti pada waktu tu.Alhamdulillah juga ada rezeki ke Cameron Highland buat kali ke 5 sepanjang hidup dan kali kedua sepanjang tahun ni.Cuaca sangat sejuk.mengigil juga lah kami.
start trip pada hari khamis 27 oktober-30 oktober.menginap di apartmen pak ngah.terima kasih daun keladi pak ngah.orang tak payah cakap lah memang ramai gila walaupun belum lagi weekends ari tu.
strawberry fresh.tak petik lagi.at y & strawberry farm

tiga beradik yg kesejukan.hehe.:D
Bas tak payah cakap la kan,memang beratur la tak terkira.Bas juga menjadi punca jalan sesak traffic jem berhampiran Kea Valley Farm(kat sini tempat borong dan macam2 ada)
sesiapa yang bijak menawar tu memang untung besar la kat sini kedai berderet-deret.dan bagi pengunjung yang baru sampai eloklah survey harga dulu,takut nanti menyesal ada harga yang lebih murah dengan kuantiti yang lebih banyak.Misalnya kalau sayar-sayuran fresh dari ladang tu,boleh dapat 10 jenis dgn rm10..pastu siap boleh minta tambah kuantiti lagi.hehe.:P.strawberry pula selalunya yang besar boleh dapat 3 dengan rm10.
jambu kriSTAL :p

ibu dan abah paling sporting.walaupun hujan :D

dgn jambu kristal ,cendawan goreng :D,muka adik pun dah cam mAKE UP.
Malam tu kami semua pakat nak jalan kat pasar malam kat Brinchang.Harga kat sini mahal sikit dari kat kea valley tu.tapi still boleh beli.ada cendawan goreng tepung dan macam-macam.still ramai orang.huhuhu.
Sapa kata hujan tak boleh jalan?salah!walaupun hujan still kita boleh jalan dgn menggunakan payung:D,macam yang kami berlima buat ni.hehe.Romantik kot tengok ibu dan abah jalan berdua.sweet je:P.
Nampak jambu kristal excited bukan main.sebenarnya dari kat bentong lagi dah terbayang nak makan.sedap.tapi harga dia mahal dari jambu biasa la,2biji rm8 tapi berbaloi la isi die besar dan sedap.
Ibu borong jagung 14 tongkol rm10.jagung pun manis nak2 lagi makan time sejuk mengigil tu memang diam tak cakap apa la kan :D.
boleh gila kalau tengok bunga nie:D

peace :P
Lagi satu bunga.kalau tengok bunga boleh nak gila.teringat pula dalam nora elena,
time si Seth Tan buat kejutan balik je KL ,nora buka bonet kereta ada banyak bunga..
"bunga ni untuk sape bang?....ala untuk sayang abang,nora nama dia..kenal ke?...then nora jawab kenal" dan tersipu-sipu malu dan terharu...haha.kalau orang bagi bunga buat kejutan camtu confirm semua orang suka nak2 lagi kalau dapat yang handsome cam Aaron Aziz kan,hehe.melawak sekejap.
ok la nak  cerita lagi tapi dah ngantuk.next time sambung lagi kalau rajin.:D
Assalamualaikum.

Tuesday, October 18, 2011

aku bukan mistress~lohaloha~

Assalamualaikum semua...
Harap semua orang sihat hendaknya...
aktiviti cuti semester ni adalah tengok wayang dan baca novel...
tahniah!anda buat kerja yang menarik....
baru dapat beli novel ni...alahai bestnya laaa dapat baca,,,3jam je dah habis..
hahahaha...tu pun sebab tak makan dan tak layan hanphone dan facebook...
huahua...terbaik baby...siapa-siapa yang tak beli lagi mehla dapatkan novel ni kat pasaran..
seriously dah jatuh hati dengan MIKAIL...gulp!nasiblah MYA dah sambar dulu kan....
pastu dapat baca bila cinta..ok la not bad cerita ni..dari kat mache lagi nak tapi tak dapat-dapat..
kawal daripada membeli sebab akhir ni mesti tak baca buku...mengadap novel je kerjanya...
oh yea selain dari membaca novel,cuti ni masa untuk menjaga budak-budak yang cute miut...
siapakah??nantikan next entry...huhu...
saspens sekejap...wei cinta elysa...jatuh cinta sekejap dengan Aril ni(Botak Juvana)...

Sunday, October 9, 2011

chocolate!!!

Assalamualaikum...tak jawab berdosa...jawab dalam hati eh?takpe-takpe.
oihhh dah seminggu ada kat rumah.alhamdulillah.hari ni masih bernyawa masih diberi kesempatan
meneruskan kehidupan disamping yang tersayang.
seminggu duduk kat rumah makan tido makan tido bangun men-online facebook.
baca novel baca buku motivasi.then tertido lagi.
ada baiknya la balik kelantan then pergi ikut yob band pergi sekolah-sekolah.
breakfast hari ini:meehun  black pepper::
bangun pagi seperti biasa..ibu dah menyediakan sajian pagi..nyummy....
bau pun dah mengoda belum lagi makan.sedapnya.Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah atas rezeki ini.
baca surat khabar pagi ni 11 oktober 2011,berita harian.2-3 hari ni cerita muka hadapan surat khabar
tentang bajet 2012.Alhamdulillah,bajet 2012 banyak membantu meringankan beban rakyat.
enough about politic thinking.budak-budak u kan dah buat aku janji::no politic-king in university::
dark chocolate=my lunch.
entry hari ini tentang ::chocolate::one of my favourite food.nice and hot.heeee.
eiyla pernah dengar aku cakap pasal coklat..(sebutan co-ko-la-te)hehe.then dia just gelak je.
why?sebab aku sebut co-ko-la-te for ore qlate.hanya org yg faham je akan tau sebab kenapa die gelak.
hehe.aku suka sangat makan coklat bila tengah stress dan tak ada kerja nak dibuat.
coklat buat orang gemuk?haha.tipu!lemak coklat tak banyak pun sebenarnya.
mungkin alasan bagi mereka yang tidak mahu bersenam seperti aku.malu nak bersenam kat sini.
tapi kat mache tak malu pun::siap petang-petang ajak iqah pusing satu uitm lagi::
::catud with rerylm & chocolate::
kebiasaannya rutin sejak bulan june yang lalu petang  yang damai macam ni selalu pergi ambil angin duduk santai depan padang.tapi sekarang bila dah balik rumah,rutin harian sepanjang seminggu kat rumah ni.
::duduk depan laptop then tido kan?::
huhuhuhu.

Thursday, October 6, 2011

happy holiday awop2!!!

Assalamualaikum semua...how are you?harap-harap semua sihat disamping orang tersayang.amin..
Alhamdulillah dah 5 hari berada kat rumah...home sweet home..bentong..
cuti ada 50 hari = sebulan lebih..apa nak buat nie?
ibu suruh belajar kereta xnak!aishhh apa nak jadi laa..
member kaki rayap takde pulak,tak cuti lagi...
so terpaksa la buat plan b + c kan..huhuhu..dont worry be happy darling!
mula2 kita kena settlekan projek yang tertangguh berbulan lamanya.
apakah???ofcourse yararemy plan.ahaksss.lets make it real..
next home deco = vilana house...projek clearkan semua barang2 spm dulu.hehe..
sorry ibu,baru ade mood nak buat.lalalala..
next lets melencong with akak n ika..pekena teh tarik n roti canai ke..
habislah duit aku!takpe2 bukan selalu kan?kat machang aku tak belanja pun kan?
the cake for asmaa,next cocopie for aien   
the picnic at uitm mache field.aurora.

  
cewek melencong tiap2 petang depan padang futsal.ada apakah?:D
ada something yang tertinggal kat mache aritu.dah try nak bawa balik tapi tak boleh.why why n why?
our friendship dear.miss nya kat semua.grrrrrrr!tak nak nangis.jangan nak ngada-ngada erkk.
takpe dalam schedule kan ada nak gi date kat kl with u all.so relax sudah kan.heeeee
haritu lama tak update blog.sebab busy dengan final exam,,YA ALLAH..moge result kita semua oke..
paper imd 103 agak tension arr nak jawab.komputer komputer.agak blur bile kena belajar lagi.heee
then busy dengan ikut yob band pergi sekolah-sekolah.bagi pendapat dan nasihat kat adik-adik.Alhamdulillah.maju setapak before semester 1 habis.rapatkan ukhuwah kongsi ilmu.insyaALLAH sem depan kalau ada peluang nak join lagi.
last day kesatria.sgt happy.why?
 b4 last paper haritu kehilangan seorang coursemate dia meninggal bcoz lemas.
yang terbaru tadi dapat berita abang senior course AD part 3 meninggal 3 orang sbb terlibat dalam accident.
Janji ALLAH itu benar..dari ALLAH kita datang dan kepadaNYA juga kita kembali...
cuma mampu berdoa semoga kita semua dimatikan masih berada dalam keimanan kepadaNYA.

p/s:awop2 my groupmate IM11O1A::  happy holiday awop2.jaga dirimu dan iman baik2.insyaALLAH sem 2 jumpa lagi.thanks 4 everything yg pernah kita kongsi.halalkan segalanya.moga ALLAH sentiasa melindungi kita semua.amin.assalamualaikum::


Sunday, September 4, 2011

awop..selamat hari raya!

Assalamualaikum...Rasanya tak terlambat lagi kan nak ucap selamat hari raya...
Selamat hari raya maaf zahir dan batin,,,
Cuti singkat sangat sabtu-rabu kat penang
Khamis raya kat Jb n Karak....
Jumaat kat rumah..member-member datang beraya..
Tahun ni sangat simple...!simple2 pun 4 pasang gak my baju raya..ALhamdulillah..murah rezeki..
Haris naufal melaram ngan kasut yg lain sebelah:D

aku tak tau aku nak hulur duit raya kat Aqil or aku cukai duit raya aqil:D

Nasi ayam ibu terhangat:D

Kuih tunjuk with kek lapis asam manis ibu TERBAIK:D

3  hari Before raya dah ada kat penang tolong mengemas-ngemas apa yang patut.
Merasa laa makan murtabak dan popia basah Kepala Batas yang sedap tu.
Malam raya tidur lambat chatting.Baju hijau ku dah siap gosok.ngeee.
Bangun pagi mandi sunat aidilfitri then p solat raya.Ramai sungguh orang kat masjid..
Hati dah rasa sayu..Sejuk je..Tengok orang pakai baju lawa-lawa..rasa bersyukur sangat..
b4 solat hari raya.

my only love.love u.

air dicincang takkan putus.kak n adek:selamat hari raya.:D
MY keluarga besaq.b4 balik pahang.raya ke2.


menghabiskan stok bunga api n mercu:1day b4 kelik mache.

selamat hari raya awop2.
Waktu balik raya kedua tuh kami terlibat dalam kemalangan di Juru.
Masing-masing sedang  enak ulit mimpi apabila tetiba kereta abah brek xmakan.
Tak ingat apa dah time tuh.Berserah kalau ajal dah tak panjang,moga diampun dosa.
Allah masih bg peluang bertaubat...Kereta je kemek teruk..xda cedera..
Perjalanan tertangguh 2jam b4 meneruskan perjalanan.
p/s:Sorry tak upload pic kereta.teruk sangat.sedih mengenangkan.
But syukur kemalangan di jalan yg lurus,kalau bukit..masuk gaung..
Ya allah..terima kasih..sesungguhnya dugaan ini mengajar kami erti lebih menyayangi dan bersyukur.


::Kalau tahun depan tak sempat sambut ramadan dan syawal dah harap2 tahun ini adalah yg paling bermakna dan diredai ALLAH.salam kemaafan dari machester malaysia(Machang,Qlate)::

Saturday, August 27, 2011

kueh raya!kueh raya!

Assalamualaikum.home sweet home.selamat sampai di perkarangan rumah dalam 4 pagi sekali lagi bas terlewat dari jadual asal.tapi demi mood raya ku gagah jua.yelahhhh mana ada orang lain nak jemput i...sabar jelah
then misi balik umah...yehaaaaaaaa!sahur bersama keluarga..i luv u...
menu sahur pagi tuh ada nasi goreng.sup sayur n apa lg ntah da lupa...

then malam b4 nak bbuka tu gi bazar...
beli murtabak,air jambu,ayam percik n kueh kole kacang...sgt nyummyyyy!nikmatnya balik umah.
sok pagi time buat kuih raya ::saya sangat girang::buat lovely cornflakes sambil tersenyum2 n tbayang sesuatu.
HAHAHAHA.niat jahat....lalalalala...






Tuesday, August 16, 2011

berbuka ramai2

Assalamualaikum..sedar tak sedar dah hari ke 6 belas kita semua berada dalam bulan ramadhan..
Alhamdulillah..ALLAH masih mempermudahkan urusan kita semua..
Dah nak ke penghujung ramadhan dah kita tanpa kita sedari,tapi berapa banyak amal yg kita telah lakukan?
Tepuk dada tanyalah selera....Bukan nak cakap orang..tapi nad pun baru berapa kerat je baca Al-Quran..
Harapkan before asar and after magrib jela..Subuh mmg wassalam la..selepas sahur(just minum air selera makan makin kurang)...dah confirm2 tidur then pkul 8 attend class...
Tenkiu kat roomate2 ku yang selalu kejut suruh bangun sahur..(ain,murni,mira,farah)
Ya Allah..terasa diri ni jauh sangat kadang-kadang..Astaghfiruallah...
Cerita bulan puasa kat sini..bosan jela..nak balik rumah weih...
Betulla kata someone..'kadang-kadang kita akan lebih hargai apa yang kita ada tu,bila benda tu dah hilang'..
Menyesal pun tak sudah laaa...Ok dah nak balik dah pun..Bersabarlah duhai hati...
Tadi gi berbuka puasa dengan classmate2..dekat je pun..luar UiTM tuh..Nyior Cafe..
Happy..terlampau miss kat family..but bila diaorang ada terlupa jap kerinduan tuh..
uitm dihatiku

carilah si pinky

hahaha.gila glam kan..kenyangnya laaa...

cakkk.loveuall.





terimakasihlaaa prihatin ngan nad.huhu

opsss curi pic camera man tadi.HAHAHA
Ada beberapa hari lagi nak balik..bersabarlah duhai hati..jangan nak macam-macam...
Esok cuti tapi takde buat apa kot..
Haha..Alahai berlambak assignment nak kena submit kan...
Wat relax jela..then minggu ni jugak ada TEST imd 102 and Mgt 160..
Chayoo para sahabat..Hope dapat capai lagi target arituh...amin...