Wednesday, February 23, 2011

candle light dinner kah??

assalamualaikum.penat..penat..lengguh kaki ku..berjalan seharian..keluar petang,,balik petang,,malam
keluar lagi..yohaa..seronok-seronok...jalan-jalan..berjalan meronda dengan izzati...
mengacau raja kerja.haha

mari kita shopping

best friend aku.
then malam tu jalan-jalan makan malam pulak.ohhh seronok,candle light dinner.dah lama xkeluar makan malam dengan kawan-kawan memang bestlah.huhu..ya,lepak sampai hujan..bestnya makan orang belanja.thanks ya teman-teman.i love you.huhu.







tetiba cuak pulak.dengar cerita,result spm dah nak keluar.well.chayoo.harap-harap result kita semua oke..aminn...

mari kita main masak-masak bersama chef nad !

Assalamuaikum...lama tak update blog..sibuk..hari ni  masuk dapur lagi..
mari kita memasak..suka ni..buat kuih kegemaran dan paling aku mahir.wohaa..
POPIA GORENG...mula2 sediakan bahan-bahannya dulu..
kulit popia
inti:taugeh,sengkuang,lobak merah..udang kecik...tepung
bahan-bahan dah lengkap..

inti popia

macam mee pulak inti aku buat nie
hoho.sekejap je dah siap masak.seronoknya.kena puji lagi.hihi.ni buat bersemangat nak turun dapur je nie.hihi

Wednesday, February 9, 2011

melengkapkan 14 negeri...aloha!

akhirnya menjejakkan kaki juga di chuping.dulu tau dari buku teks je.
 Assalamualaikum..dah 4hari balik dari kampung..tapi tak sempat nak update entry..
Apa habaq semua?harap semua orang sihat disamping orang tersayang.
Balik dari cuti raya cina memang pengalaman yang best untuk kami seisi keluarga.
mana taknya berjalan jauh dari timur ke utara..akhirnya lengkaplah 14 negeri kami bertandang..
aku tak cukup 1negeri iaitu kelantan.sebab waktu diorang semua pergi dulu,aku tak ikut sebab ada
reunion.menyesal pula tak ikut.kalau tak cukup 14 negeri dah pernah pergi.sobsob.
start dengan ari khamis 3hb kami bertolak ke penang.balik kampung.singgah umah paklong kat kuala
kubu bharu makan breakfast ibu n mak ton masak nasi lemak.pastu singgah pulak umah pakngah kat ipoh
hantar benih anak pisang.yeahhh.sampai kampung jam 7.30malam.lambat 1jam setengah sebab trafik sesak
n ada kemalangan kat JURU.makan malam kenyang2,semua terus tidur sebab sok nak bertolak pi padang bsaq.
ibu dah jumpa favourite dia.apa lagi kan...
Bertolak jam 8.00 dan selamat sampai jam 9.30 di padang besar.wohaa!ibu kata sebiji cam kedai kat
KELANTAN.tapi kedai kat sini banyak n besar sikit dari sana je.mula-mula abah ingat nak tukar plan la
tidur kat SIAM.tapi insurans kereta untuk masuk siam tak ada.lagipun hotel kat sana mesti dah penuh orang booking.nama pun cuti sekolah kan.so cancel the plan,sambung shopping kat GARUDA.rambang mata betul.harga memang murah.tapi pakcik aku kata.bila tak cuti sekolah harga lebih murah sebenarnya.
kat garuda.amboi tengok ibu aku senyum bukan main lagi.
HEHE.biasa lah tu strategi meniaga kan.ibu beli kuali besar saiz 30cm pesan mama aku.pastu toto narita harga dalam rm 35 tak silap aku.dan kelambu persis khemah harga rm25.wohaa!sakit tangan bawa banyak barang-barang.tapi berbaloi lah.abah kasi rm50 sorang sebenarnya tapi aku tak guna 1sen pun.nak menabung sebab abah tolak gaji aku.akak n ika dapat free je.mana adil kan?takpe.abah nak ajar aku menabung.boleh..boleh..takda hal..

kat duty free complex kitaorang shopping coklat je..
oke.destinasi seterusnya.ke kuala perlis..kami nak pekena laksa...mesti sedap kan...
sepanjang perjalanan lalu lah chuping iaitu daerah paling panas kat malaysia ni.bangga sekejap
dapat jejak kaki.tapi memang panas betul la.n anda akan melihat banyak pokok tebu ditanam
disepanjang jalan.nak tau sebab apa?sebab kat sini terletaknya kilang gula ...
mula-mula aku ingat tebu yg dioarang tanam ni untuk minumla maksudnya air tebu.
tapi abah cakap 'bukanla angah,ni tebu yang buat gula tu'
oooooo....kempunan la minum air tebu...
seperti yang tertera:KILANG GULA FELDA PERLIS.hehe
kat jeti kuala perlis...
sampai je kuala perlis,terus pi jeti kuala perlis..tetiba dapat idea nakal...
"angah:ibu jomla kita tidoq langakawi.dah lama tak pi sana.ala.umah abg ngah kan ada,kita tdoqla sana."
"ibu:dah dah.jangan nak mengada.ni cuti ramai orang.feri mesti tiket da habis.lain kali kita pi naik flight ya".
nampaknya idea aku tadi tak menjadi.tapi tak apa,LANGKAWI.hang tunggu na cek mai lain kali.
makan kat restoran nelayan kat jeti kuala perlis tu.kawan abah merangkap pemandu pelancong kitaorang kat sana pakcik halim n isteri dia makcik juli kata menu special kat sini laksa n pesembor.order jangan tak order,akak pulak nak makan sotong goreng tepung.layan.sedap memang sedap.tapi lupa pula
nak ambik gambar.hehe.sebenarnya malu dengan pakcik n makcik tu walaupun diaorang ramah.
jiran belakang rumah dulu.tapi tu time kecil-kecil mana ingat sangat dah.Thanks to pakcik n makcik sebab
belanja kitaorang ari ni.
masjid zahir alor setar
next destination is ALOR SETAR.huhu.nama je balik kampung tiap-tiap tahun tapi jarang berjalan pi kedah walaupun hakikatnya sangat dekat dalam 45 minit dah sampai.so apa tunggu lagi.alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,alang-alang dah berjalan biarlah habis semua negeri.hehe.
solat zuhur n asar kat masjid ni pastu jalan-jalan pi muzium padi pulak.
ibuku tersayang...

comelnya aku wat peace.haha

ngaumm......huhuhuhu

akak buat muka tak bersalahnya.huhuhu

ratu posing ni ika.
best.ramai gila orang gi muzium ni.bayaran masuk murah je rm3.bagi sesiapa yang naka bawa kamera masuk bayar la lagi rm2.last sekali kitaorang pi gunung jerai.tapi sat je kot.sebab naik je puncak terus hotel apa entah.5class punya hotel.agaknya tidur semalam rm 500 lebih kot.huhu...daripada membazir baikla guna duit tu menabung ataupun gi shopping...nak sampai gunung jerai tu dalam 12 km..jauh jugak la rasa sebab jalan dia mencabar macam kat bukit larut aka bukit maxwell tu..nak mabil gambar dah malam so lain kali jela ya..
hehe.balik rumah tok wan n nenek sambung makan nasi daging,udang,sotong n yang paling best n mengigit jari air asam..
soknya konvoi balik dengan makton.singgah kuala kangsar makan laksa n cendol.then hantar kakak ku syg cik hana balik Sri Iskandar..bye2....

Wednesday, February 2, 2011

bunga yang hampir layu semakin mekar!

Assalamualaikum..ceh wah!apa kes tajuk hari ni macam jiwang je?haha.
oke tajuk ari ni pernah la ada kaitan dengan aku dulu.kawan-kawan aku
pun pernah rasa.confirm.ceritanya berbunyi begini,

BABAK SATU:
pada suatu hari.........
si dia menerima sms(short message service) daripada si dia yang sangat dikenali,,,

mr: awak,ummm..kita ada apa2 lagi ke?
miss: entahla wak.saya pun tak tahu.

oke,kalau korang dapat mesej macam tu faham-faham jela kan apa yang mr tu nak cakap.
yang miss ni pun bendul juga la kot.percaya 100 % kat mr tuh.kesian je.sebenarnya mr tu ada awek
lain tapi kesianla kat miss yang lurus bendul tu so dia tak bagitahu la hal sebenar.aduh.
yang miss ni pun satu tahap gila setia pula dengan mr tu.mr tu bukannya handsome sangat pun.
tapi sebab dah sayang kan?layan jelaa.tapi semua tu dah berakhir bila si mr tu ucap BYE2 kat miss
yang lurus tu.END of Story cinta monyet.tapi ending dia best apa?sebab miss tu tak ada la terikat dengan
MR tu da.yahooo!bagi lagu ni kat MR tu.haha.harap2 dioarang tak jumpa dah dan memang tak contact dah.kalau takk sian la miss tu.

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi


BABAK DUA:kawan yang telah ditikam.
pernah dengar kawan makan kawan?mestilah pernah kan.hehe
oke cerita kawan yang makan kawan sebab BF(boy friend)
yang si A ni dah kawan lama dengan si N..memang baik gila la.
pergi mana-mana je berkepit berdua je macam peribahasa seperti belangkas tu.
diaorang ni memang semua cerita kongsi samalaa.tapi semua tu sekejap je kot.
sebab pastu si N ni rampas  bf si A.eee kesiannya si A,kalau aku jadi dia aku tampar je
perempuan tu.haha.tapi  nasib baik la si N ni sedar balik salah dia dan cepat-cepat minta maaf.
lantakla dia hilang mamat tu tapi kawan mana boleh hilang.ya sayang kawan-kawan!hehe.cam lirik
lagu ni la kan......teman sejati-brothers.

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

happy ending juga.huhu.kawan ni biarlah kekal,sebab kita perlukan kawan seumur hidup.
tanpa kawan hidup kita kuranglah seri.tak ada lah rona-rona bahagia.Apa yang terjadi tu mungkin da
tertulis untuk kita.so reda je la kan.hehe.Hidup ni tak tahu berapa lama so kita wajib menikmati
dengan baik seolah-olah tiada hari esok.Apa yang pasti yakinlah pada diri dan ALLAH sentiasa
berada disisi kita.betul kan?tepuk dada tanya la selera.senyumla untuk hilangkan rasa gundah.senyum la untuk melegakan hati sendiri.sebabnya senyum tu kan sedekah.hayatilah sebahagian bait-bait lagu senyum ni.best

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus


Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

deactive fb

Assalamualaikum.helo,helo.yeahh mood bercuti kan,.HAPPY NEW CHINESE YEAR...
jomla berjalan.hehe.oke bukan nak cerita pasal bercuti..
tapi akaun fb aku telah deactive kan.hahaha.sebabnya?


1.bosanla dengan fb ni.

2.aku tak nak buang masa dah.

3.buka je message,berlambak message luc** yang tak sepatutnya aku dapat.

4.fb buat aku sesak nak online  je.

5.sekarang busy la kerja.

Ala jangan risau nanti bila dah settle semua aku activelah balik.huhu.