Thursday, May 19, 2011

sarapan pagi + makan tengahari=nasi makluba dan jus oren

Assalamualaikum...hari ni dah 19hb..sobsob lusa dah kena berangkat ke kelantan...
alhamdulillah semua dah settle.dengan 2 bagasi besar nya rasa macam aku dah angkut 1rumah..lari dari rumah ke wei?ni lari ke medan berperang...tapi kan hati aku tak packing lagi...dubdap berdebar sebenarnya...
ok,tak kesah lah pasal berdebar tu yang penting hari ni...
nasi:tq mak bagi beras yg sedap2...

nasi +ayam masak merah +acar timun

ibu masak nasi makluba..wahhh!terbaik dari dapur ibu..ngee..dengan jus oren nya...sayang ibu !muahhh.
semenjak nak FLY pergi machester(machang) ni macam-macam la pulak request nak makan...
gemuk?hahaha.peduli lah apa orang kata gemuk ke tak..yang penting hati gembira kan??
ibu memang yang terbaik bab-bab masak ni..laju je tekan google terus siap terhidang resipi yang telah diubah suai...i loikee...ada satu ayat nak dikongsikan disini..
SESEORANG ANAK TIDAK AKAN MENGETAHUI KASIH SAYANG IBU BAPANYA TERHADAPNYA SEHINGGALAH DIA MEMPUNYAI ANAK SENDIRI
emmm...bagi pihak aku la ayat ni tak berapa nak betul..sebab aku rasa dan tau je kasih sayang ibu dan abah pada aku...huhuhu...selamat kembali belajar kepada semua rakan-rakan..yang dah fly ke mesir,australia,jerman dan jepun tu..take care korang..semoga ALLAH sentiasa merahmati kalian..sigma crew,i will miss all of u...takpe nanti kita jumpa lagi ya...selamat maju jaya korang semua..tempat dan kawan baru,semoga kita semua bijak menyesuaikan diri...amin...
SEMALAM MENJADI PENGAJARAN,HARI INI KEHIDUPAN DAN ESOK BAWA HARAPAN.YANG PENTING JANGAN BERHENTI BERTANYA DAN USAHA.-ALBERT EINSTEIN

Monday, May 16, 2011

cikgu...kami sayang cikgu!

 GURU YANG BAIK MEMBERITAHU,GURU YANG SEDERHANA MENERANGKAN DAN GURU PALING HEBAT MEMBERI INSPIRASI.
Assalamualaikum...16mei..Hari guru...selamat hari guru buat semua para pendidik...terima kasih kerana telah mendidik kami semua sehingga ke tahap ini..sesungguhnya jasa cikgu-cikgu akan dikenang sehingga akhir hayat kami..
cikgu-cikgu waktu tadika di Tadika Utara Taman Desa Damai,cikgu Midah n cikgu Zah..tq atas segala-galanya...bermula dengan abc dan 123 sehinggalah berjaya mengeja dan mengira...
next..Sekolah Kebangsaan Sulaiman ...dari darjah 1-6 terima kasih banyak2...tak boleh lupa kena rotan dengan cikgu matematik Cikgu Napi dan Cikgu Wan Huzairul..pengalaman terindah tu..alhamdulillah matematik UPSR dapat A...
cikgu azman:guru kelas 5sigma 2010

Smk Sulaiman...semua cikgu2..yang sabar dengan kerenah anak murid yang sedang meningkat dewasa..terima kasih!waktu form 4 n form 5 paling gempak..ada je buat hal sampai cikgu pun naik pening...
dengan cikgu
cikgu ict PN.LIM,selalu marah kerja tak buat...,teringat lagi cikgu suhaida aka cikgu sue merajuk dengan ada sorang rakan sekelas sebab banyak kali tak siapkan kerja cikgu bagi...relax je budak tu kena denda duduk kat luar sambil nyanyi lagu negaraku..cikgu terus keluar dari kelas..puaslah jugak pujuk cikgu baru ok..minta maaf ya cikgu..menjelang nak spm pulak..cikgu-cikgu tertekan dengan keputusan TRIAL..gelabah la semua orang..sampai satu tahap 5 SIGMA betul-betul berubah..takde da masa nak merayau,bergosip dan menyanyi..semua buat latih tubi..sehinggalah result SPM keluar..alhamdulillah..terima kasih cikgu2...I LOVE YOU ALL.akhir kata semoga semua guru-guru sentiasa dirahmati ALLAH swt dan sentiasa sabar melayan kerenah anak-anak didik...
GURU YANG MENGAJAR ANAK-ANAK MURIDNYA TANPA ILHAM UNTUK MENARIK PERHATIAN ,MEREKA SAMALAH SEPERTI MENGOSOK MENGUNAKAN SETERIKA YANG SEJUK-HORACE MANN

Sunday, May 15, 2011

pesta buku april 2011

Assalamualaikum...PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2011 dah lama melabuhkan tirai tapi baru nak cite suasana gi aritu.fuyooo dasyat gila ramai orang meh.yang paling best bersesak-sesak dengan orang la.boleh tengok orang hensem.*opps jangan nak gatal*...
apa lagi startlah memborong novel.paling tak tahan cari novel aku,dia dan gitar.berjam sebab sesat.rupanya dah tawaf banyak kali depan gerai novel tu.sabar jela erkkk.tapi yang bestnya.jumpa penulis tu.wah!!!!teruja.seronok sangat..tak sabar tunggu aku,dia dan gitar versi mr.pinky.

 penat memang penat tapi berbaloi laa kan?jalan-jalan sampai ke TS..bila lah nak merayap macam ni lagi kan..rindu korg...