Sunday, October 30, 2011

strawberry cinta

Assalamualaikum semua..apa khabar semua?harap-harap semua sihat disamping orang yang tersayang.
Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat hari deepavali pada kaum hindu di malaysia.
Alhamdulillah dapat cuti pada waktu tu.Alhamdulillah juga ada rezeki ke Cameron Highland buat kali ke 5 sepanjang hidup dan kali kedua sepanjang tahun ni.Cuaca sangat sejuk.mengigil juga lah kami.
start trip pada hari khamis 27 oktober-30 oktober.menginap di apartmen pak ngah.terima kasih daun keladi pak ngah.orang tak payah cakap lah memang ramai gila walaupun belum lagi weekends ari tu.
strawberry fresh.tak petik lagi.at y & strawberry farm

tiga beradik yg kesejukan.hehe.:D
Bas tak payah cakap la kan,memang beratur la tak terkira.Bas juga menjadi punca jalan sesak traffic jem berhampiran Kea Valley Farm(kat sini tempat borong dan macam2 ada)
sesiapa yang bijak menawar tu memang untung besar la kat sini kedai berderet-deret.dan bagi pengunjung yang baru sampai eloklah survey harga dulu,takut nanti menyesal ada harga yang lebih murah dengan kuantiti yang lebih banyak.Misalnya kalau sayar-sayuran fresh dari ladang tu,boleh dapat 10 jenis dgn rm10..pastu siap boleh minta tambah kuantiti lagi.hehe.:P.strawberry pula selalunya yang besar boleh dapat 3 dengan rm10.
jambu kriSTAL :p

ibu dan abah paling sporting.walaupun hujan :D

dgn jambu kristal ,cendawan goreng :D,muka adik pun dah cam mAKE UP.
Malam tu kami semua pakat nak jalan kat pasar malam kat Brinchang.Harga kat sini mahal sikit dari kat kea valley tu.tapi still boleh beli.ada cendawan goreng tepung dan macam-macam.still ramai orang.huhuhu.
Sapa kata hujan tak boleh jalan?salah!walaupun hujan still kita boleh jalan dgn menggunakan payung:D,macam yang kami berlima buat ni.hehe.Romantik kot tengok ibu dan abah jalan berdua.sweet je:P.
Nampak jambu kristal excited bukan main.sebenarnya dari kat bentong lagi dah terbayang nak makan.sedap.tapi harga dia mahal dari jambu biasa la,2biji rm8 tapi berbaloi la isi die besar dan sedap.
Ibu borong jagung 14 tongkol rm10.jagung pun manis nak2 lagi makan time sejuk mengigil tu memang diam tak cakap apa la kan :D.
boleh gila kalau tengok bunga nie:D

peace :P
Lagi satu bunga.kalau tengok bunga boleh nak gila.teringat pula dalam nora elena,
time si Seth Tan buat kejutan balik je KL ,nora buka bonet kereta ada banyak bunga..
"bunga ni untuk sape bang?....ala untuk sayang abang,nora nama dia..kenal ke?...then nora jawab kenal" dan tersipu-sipu malu dan terharu...haha.kalau orang bagi bunga buat kejutan camtu confirm semua orang suka nak2 lagi kalau dapat yang handsome cam Aaron Aziz kan,hehe.melawak sekejap.
ok la nak  cerita lagi tapi dah ngantuk.next time sambung lagi kalau rajin.:D
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment