Thursday, December 15, 2011

Kisah kasih.♥♥♥

Assalamualaikum semua.kabare?waras?okay dah lama tak update.mesti ada yang rindu nad kan?
huahua.**Anda sangat perasan ya sayang!**
siapa yang rasa rindu nad tu,tak payah segan-segan PM je nad terus.cewaaahhhhh!

 hari ni nad cerita pasal rahsia hati.nad pernah ade boy friend*PERNAH*
okay kenapa cakap macam tu?sebab sekarang tengah single-mingle.
Dulu-dulu kan nad ade bf yang sangat sweet.Dia jugak hot n cool.*ini sangat COOL*
prinsip nad dulu n sekarang tak jauh beza::no DATING::takde istilah dating yang selamat.
sebab bila kita berdua-duaan ni tengahnya mesti ada syaitan kan..:D
so nak selamatkan diri janganlah pergi dating,elak-elakkan laaa.
Serius kalau keluar dengan laki pun bila dengan abah dan dengan classmate time sekolah dulu je.
malu pulak kalau fikir balik pernah COUPLE.tipu lah hati ni kata 'tak nak couple' tapi serius tak mampu nak menjaga hati ni.takut-takut dah cinta orang lain lebih dari ALLAH swt..nauzubillah...jauhikanlah...
malu sangat pernah *RINDU*seseorang yang belum pun tertulis nama dia untuk kita..
malu sangat pernah *ter-SUKA*kat orang yang belum benar cinta sepenuh hatinya pada DIA..
mulai pada detik ini,tarikh dan tahun ini bermula lah perjuagan baru..tidak lagi memburu cinta yang sia-sia insyaallah...

Hanya ini harapan nad untuk jodoh 6 tahun akan datang..amboi awalnya..eh gurau je..ibu selalu cakap nak menantu yang soleh pandai mgaji n boleh jaga angah kan?insyaallah bu...satu hari nanti ibu akan dapat menantu yang macam tu..abah dan ibu..angah rindu sangat..maafkan angah banyak buat salah kat ibu dan abah..baik sedar mahupun tidak..bila akak cakap dan ingatkan kita orang tentang pengorbanan ibu dan abah..air mata ni mengalir laju je..tapi still tak boleh balas jasa ibu dan abah..tapi angah janji satu hari nanti,bila diizinkan DIA,angah akan balas balik walaupun bukan semua..miss u..moga ALLAH sentiasa lindungi abah dan ibu(ENCIK BADRUL HISHAM BIN HANAFIAH & PUAN ROHANA BINTI ABU BAKAR)..
*pegang tanganku selepas ijab dan kabul hingga akhir hayat*
*menjagaku dan mendidikku dengan lebih tertib dan sempurna*
*menjadi anak lelaki kepada kedua ibu bapaku*
*menjadi suami dan bapa penyayang*
......didik dan bawalah aku bersama ke syurga firdaus...
♥lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik...pintu taubat sentiasa terbuka sehingga hari kiamat,belum terlambat bagi kita sama-sama bertaubat..kembalilah ke pangkal jalan kerana hanya DARINYA kita datang dan KEPADANYA juga kita kembali...
P/S:jiran rumah (pak cik Nuar) baru sahaja kembali ke rahmatullah..marilah sama-sama kita sedekahkan yasin dan al-fatihah untuk beliau.Harap-harap ALLAH tempatkan pakcik dikalangan orang beriman.Tabahkanlah hati makcik kiah dan keluarga...amin...


No comments:

Post a Comment